Misi
Memberikan khidmat rundingan yang berkesan dan berkualiti, dengan fokus menjaga kebajikan klien dalam pemilikan hartanah.
Grand Premier PLT (LLP0021922-LGN) ialah syarikat pertama yang mengasaskan profesion Perunding Pemilikan Hartanah Sektor Awam (PPHSA) di Malaysia.
200+
Perunding berdaftar
15
Tahun pengalaman
100%
Khidmat percuma
13
Negeri dilindungi
Grand Premier PLT, atau dulunya dikenali sebagai Grand Premier Resources (GPR), ialah syarikat perkongsian liabiliti terhad yang menjalankan perundingan pemilikan hartanah bagi sektor awam. Pada Ogos 2020, GPR dinaiktarafkan menjadi Grand Premier PLT.
Grand Premier PLT merupakan syarikat pertama yang mengasaskan dan menghasilkan profesion sebagai perunding pemilikan hartanah sektor awam, atau dikenali sebagai PPHSA.
Berbekalkan pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam pengurusan pinjaman perumahan sektor awam, Grand Premier melangkah ke hadapan dengan terbentuknya rangkaian perunding PPHSA di seluruh negara. Sehingga kini, jumlah perunding yang berdaftar telah mencecah lebih 200 orang di seluruh negara.
Berteraskan matlamat utama menjaga kebajikan penjawat awam dalam pemilikan hartanah, kami terus bersemangat memberikan perkhidmatan yang berkualiti. Grand Premier juga telah berjaya melengkapkan eco-sistem pemilikan hartanah bagi sektor awam, dengan menyediakan perkhidmatan tambahan seperti firma guaman dan kontraktor bagi permohonan membina rumah dan ubahsuai.
Misi
Memberikan khidmat rundingan yang berkesan dan berkualiti, dengan fokus menjaga kebajikan klien dalam pemilikan hartanah.
Visi
Menaiktaraf pemilikan hartanah penjawat awam kepada sekurang-kurangnya satu unit sebelum pencen.
Tujuh prinsip yang memandu setiap perunding dan kakitangan Grand Premier di seluruh negara.
01
Sokongan berterusan untuk setiap perunding dan setiap klien.
02
Bekerjasama merentas pejabat Semenanjung dan Borneo sebagai satu pasukan.
03
Telus dan jelas dalam setiap interaksi dengan klien dan jabatan.
04
Membina hubungan jangka panjang dengan integriti.
05
Bersemangat membantu setiap penjawat awam capai matlamat pemilikan rumah.
06
Memberi panduan yang membuka jalan kepada keputusan kewangan yang bijak.
07
Setiap permohonan yang berjaya adalah kemenangan bersama.
Anugerah
Outstanding Business Contribution
FWD Takaful Bhd
Tempat ke-10 (2023) dan tempat ke-5 (2024) bagi sektor awam, perlindungan Takaful Pembiayaan Pinjaman Perumahan.
Master Consultant
AmMetLife Takaful Bhd
Tempat pertama (2023 & 2024), serta dinobatkan sebagai Master Consultant bagi sektor awam dalam perlindungan Takaful Pembiayaan Pinjaman Perumahan.
Perlantikan Eksklusif
Indah Harmoni
SKV Land Development Sdn Bhd
Perlantikan eksklusif sebagai perunding pembiayaan perumahan sektor awam bagi projek 250 unit perumahan di Bandar Baru Keningau, Sabah.
Ulu Seberang Putatan
Grano Borneo Builders PLT
Perlantikan eksklusif bagi projek pembangunan tanah seluas 32,240 kaki persegi di Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.
Sebelum pandemik melanda, kami menjalankan signature seminar bertajuk Bijak Kewangan, Pencen Bergaya, direka khusus untuk Jabatan-Jabatan Kerajaan bagi memberi kesedaran pengurusan kewangan kepada kakitangan mereka.
Melalui seminar dan kempen ini, kami menyasarkan setiap orang penjawat awam untuk memiliki sekurang-kurangnya satu rumah, dan bersara tanpa hutang.
Perancangan kewangan
Modul yang menjelaskan struktur pinjaman perumahan sektor awam dan kesannya terhadap aliran tunai jangka panjang.
Strategi pencen
Kaedah memiliki aset yang produktif sebelum tarikh persaraan tiba.
Sesi soal jawab terbuka
Perunding kami menjawab terus persoalan kakitangan setiap jabatan.
Sepanjang tahun, perunding kami menjalankan sesi perkongsian, kaunter penerangan, dan kerjasama dengan agensi rasmi seluruh negara.
01
Seminar dan ceramah berkala di jabatan-jabatan kerajaan untuk memberi kesedaran tentang pengurusan kewangan dan pembiayaan perumahan.
02
Kerjasama dengan agensi hartanah seluruh negara untuk berkongsi pengetahuan mengenai pembiayaan sektor awam.
03
Kaunter penerangan di pejabat jabatan kerajaan dan event bersama agensi rasmi serta pemaju perumahan.
04
Sesi Q&A terbuka bersama agensi pembiayaan dan pemaju untuk menjawab persoalan langsung penjawat awam.
Tak jumpa jawapan yang anda cari? Hubungi kami dan kami akan bantu.
Kami mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan baik di peringkat negeri mahupun pusat.